lunar eclipse (trumpetvine.com)
NUN BULAN
(Buat anakku Salihah)
Ketika
kecil
Kaulah
anak paling pandai
Bercakap
dengan bulan.
Tidak ada
malam purnama
Terlepas
pergi
Tanpa abah
mendukungmu.
Di
tengah-tengah padang
Kita
menatap langit
Cerah
cuaca.
Indah
sungguh bumi Tuhan
Malam
hitam gelita
Menjadi
terang-benderang.
Kau tidak
akan ingat
Pertama
kali diajar menyebut
– Wau,
wau, nun bulan.
Kautakut
pada bayang-bayang
Mengekori
kita
Ke bawah
pohon celagi.
Sehinggalah
kau petah
Bertutur,
bercerita
Bahkan,
mengadu kepada bulan.
Memanggil
bulan turun
Mengajak
makan
Mengajak
tidur bersamamu.
Kau
menangis
Melambai-lambai
awan
Agar tidak
pergi.
Tergenang
air matamu
Menyangka
bulan juga
Akan
meninggalkanmu.
Tetapi
bulan,
Awan, dan
bayang
Harus
pergi.
Along,
Kalau esok
malam gelap
Itu juga,
indah.
20 April 11
fossil forest Cynthia Barlow Marrs (cbarlowmarrs.com)
AKU – PASIR JOHOR
Sekarang
aku sudah
menjadi
bangunan
tinggi
di
Singapura.
Siapakah
yang tahu
aku ini
asal pasir
dari
Johor?
Marilah,
kauselami
hatiku,
marilah.
Kau akan
temui
air mata
terpendam
bagai luka
bercampur
garam.
Kau akan
temui
rindu
menyala
bagai
pelita
tak
kunjung padam.
Mengapa
kaujual
aku
sehingga
bagai
menjual
tanah air?
Cantik
negeri orang,
negeri
sendiri
berlubang-lubang.
Sayang
Teberau
selat
sempit,
aku
terjual
untuk duit
sedikit.
Dalam kenangan
kulihat
Johor,
sayu dan
sayup-sayup
bagai bintang
berkerdip.
Tanjung
Pia, Pasir Gudang
tinggallah
tuan,
air mataku
berlinang
kasih
tidak terucapkan.
Aku tidak
dapat
pulang
lagi.
25 Jan 10
Paper Ship Origami, Aleksangel
(vectorstock.com)
ENGKAU HARUS PERGI
(Buat anakku Salihah)
Hujan sudah datang,
Pergilah
Kerana engkau tercipta
Untuk meredah arus
Dan gelombang.
Pergilah.
Di sini ialah masa belakang
Yang harus kautinggalkan
Masa depanmu
Terpacak di hadapan,
Walaupun jauh.
Engkau tidak akan sampai
Ke sana,
Jika enggan pergi
Ketika air masih mengalir.
Segala liku,
Arus dan gelombang itu
Akan memberikan pengalaman
Untuk menjadikan engkau
Lebih pintar dan tabah.
Tenggelam atau timbul
Adalah takdir yang harus
Berani kauhadapi,
Tiada pilihan lain.
Engkau harus pergi,
Wahai perahu kertasku.
Kita tidak akan bertemu lagi
Kerana engkau tercipta
Bukan untuk pulang.
7.9.09
Paper Ship Origami, Aleksangel
Papyrus,
Cynthia Barlow Marrs
(cbarlowmarrs.com).
INGATAN TERHADAP LAUT YANG JAUH
(Buat anakku Syahidah)
Engkau bergelombang dalam ingatanku,
Wahai laut yang jauh.
Kudengar bunyi ombak
Mendeburkan hayatmu.
Kauberikan buih berserakan
Untuk kuertikan apa sahaja.
Tetapi aku turut memerlukan rhu
Sebagai pembanding makna.
Namun, dalam sepi begini
Aku lebih suka pada bayu dan mega.
Aku ingin berasa tenang
Bagai kolek sedang terdampar.
Berikanlah aku kulit kerang
Untuk selalu kuingat, hidup ini
sementara.
Bagai pelangi akhirnya hilang
Bagai matahari akhirnya terbenam.
Kalau aku pergi lagi ke hadapanmu
Akan tertinggal tapakku di pasir.
Tanda kita pernah bertemu
Dan berpisah.
Yang lebih kekal, romantik atau
sedih
Hanyalah ingatan.
4 Okt 09
Juniperus utahensis, Annie Elizabeth Hoyle, 1907
[U.S.D.A Forest Service Collection]
(huntbot.andrew.cmu.edu)
INGATAN TERHADAP LAUT YANG JAUH
(Buat anakku Syahidah)
Engkau bergelombang dalam ingatanku,
Wahai laut yang jauh.
Kudengar bunyi ombak
Mendeburkan hayatmu.
Kauberikan buih berserakan
Untuk kuertikan apa sahaja.
Tetapi aku turut memerlukan rhu
Sebagai pembanding makna.
Namun, dalam sepi begini
Aku lebih suka pada bayu dan mega.
Aku ingin berasa tenang
Bagai kolek sedang terdampar.
Berikanlah aku kulit kerang
Untuk selalu kuingat, hidup ini
sementara.
Bagai pelangi akhirnya hilang
Bagai matahari akhirnya terbenam.
Kalau aku pergi lagi ke hadapanmu
Akan tertinggal tapakku di pasir.
Tanda kita pernah bertemu
Dan berpisah.
Yang lebih kekal, romantik atau
sedih
Hanyalah ingatan.
4 Okt 09
Juniperus utahensis, Annie Elizabeth Hoyle, 1907
(huntbot.andrew.cmu.edu)
Kata ibu, kita hidup bahagia dan
damai
tinggal di hutan yang sangat indah
dan tenang.
Tetapi mengapakah di sini setiap
hari
penuh hiruk-pikuk dan simpang-siur
kenderaan?
Hutan pula hanyalah beberapa batang
pokok
lebih banyak tiang lampu dan papan
tanda.
Mengapakah tidak ada buah-buahan
kecuali kulit kuaci dan sampah
busuk?
Sarang kita pula sedikit daun dan
ranting
bercampur aduk kertas akhbar dan
wayar.
Adakah makna belantara itu hutan
rimba
atau ribuan bangunan dan cerucuk
besi?
Mengapakah setiap hari kita harus
meniti
di atas dawai elektrik pergi mencari
rezeki?
Kuala Lumpur
1990